KESAN PEMAKAIAN COLI

August 11, 2009

baju-dalam

KESAN DARI MEMAKAI COLI YANG TIDAK SESUAI :

  • Coli terangkat dibahagian belakang
  • Tanda merah dan kesan tali ketat
  • Payudara terkeluar dari coli atau terbonjol sedikit di ketiak

JIKA ANDA SERING MENGALAMI KESAN BERIKUT, IKUTI LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA UNTUK MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN SAIZ COLI YANG SESUAI;

LANGKAH 1

  1. Pakai coli semasa mengukur sambil berdiri
  2. Ukur disekelililng bawah payudara. Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci. Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci. Sebagai contoh :
  • Jika ukuran anda adalah 31″
  • Tambah + 5″
  • Saiz coli anda ialah 36″

LANGKAH 2
Ukur disekeliling bahagian terpadat payudara. Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda. Jika nombornya sama bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaan 1″ bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. – Agensi

SOAL JAWAB SERTA INFO

March 24, 2009

TEKNIK KENAL PASTI SAIZ PAYUDARA

Bagaimanakah teknik untuk mengenal pasti jenis payudara yang betul?  Ini kerana saya sering berasa tidak selesa dengan coli yang baru dibeli walaupun telah memilih saiz tepat.

JAWAPAN

Wanita perlu peka dengan saiz sebenar coli untuk memastikan coli yang dipakai tidak memberikan kesan jangka panjang terhadap bentuk tubuh dan penampilan diri.  Selain daripada saiz yang betul, wanita perlu mengetahui bentuk payudara yang sebenar agar dapat disesuaikan dengan jenis coli untuk menghasilkan bentuk, sokongan dan keselesaaan sepanjang hari.

TERDAPAT EMPAT JENIS BENTUK PAYUDARA :

BENTUK RATA- Pandangan sisi dan hadapan serupa. Payudara tidak kelihatan ketara.  Mereka yang berpayudara kecil mempunyai kelebihan kerana tidak perlukan culi yang berstruktur sokongan kompleks, memadiai tali halus dan penyangkuk belakang yang kecil.

BENTUK BIASA- Payudara sempurna, cantik terbentuk.  Pakailah apa saja yang anda gemari pasti tampak menarik dan kemas.

BENTUK BULAT PADAT- Profil penuh dan padat serta besara dalah ciri-ciri yang diperlihatkan.  Bahagian atas dan bawah payudara sama penuh.  Jika tersilap meilih coli menekan ke atas payudara dan menyebabkan kesan bonjolan kelihatan dibahagian atas cup dan dibawah lengan. Oleh itu, pilih coli “full cup” sahaja yang diperbuat daripada fabrik dan renda memeri agar payudara tidak tertekan.

BENTUK LONJONG- Pandangan sisi, payudara berbentuk kantung.  Bahagian atas payudara cetek sekiranya sebahagian besar payudara anda berada dibahagian bawah puting payudara.  Anda akan dapati bila coli dipakai bahagian bawah cup  coli lebih cantik manakala bahagian atas cup terdapat ruang kosong dan berkedut-kedut.  COLI BERDAWAI dan beralas tambahan “cookie” sesuai untuk payudara jenis lonjong.

PAYUDARA TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS POSISI :

POSISI NORMAL-Payudara berada dalam kedudukan paling ideal, kemas dan selaras.  Wanita memiliki jenis payudara posisi normal boleh mengenakan apa saja stail coli.

PAYUDARA RAPAT DI ANTARA SATU SAMA LAIN-Jarak di antara kedua buah payudara sangat rapat hinggakan lurah di bahagian tengah hampir tidak wujud.  Wanita berpayudara rapat sesuai mengenakan COLI BERDAWAI untuk memberikan kesan ilusi payudara posisi normal.  Namun bagi mereka yang memilki payudara rapat dengan bentuk bulat padat perlu memilih CUP COLI BERPOTONGAN PENUH untuk memastikan keselesaan dan kekemasan sokongan.

PAYUDARA BERJAUHAN-Kedudukan payudara agak menjarak di antara satu sama lain dan bagi mereka yang memiliki payudara jenis ini, agak sukar untuk menyukai coli jenis berdawai kerana dawai pada coli akan mengepit sisi payudara dan mungkin meninggalkan kesan kemerah-merahan serta menyakitkan apabila coli dipakai dalam jangka waktu yang panjang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.