SOAL JAWAB SERTA INFO

March 24, 2009

TEKNIK KENAL PASTI SAIZ PAYUDARA

Bagaimanakah teknik untuk mengenal pasti jenis payudara yang betul?  Ini kerana saya sering berasa tidak selesa dengan coli yang baru dibeli walaupun telah memilih saiz tepat.

JAWAPAN

Wanita perlu peka dengan saiz sebenar coli untuk memastikan coli yang dipakai tidak memberikan kesan jangka panjang terhadap bentuk tubuh dan penampilan diri.  Selain daripada saiz yang betul, wanita perlu mengetahui bentuk payudara yang sebenar agar dapat disesuaikan dengan jenis coli untuk menghasilkan bentuk, sokongan dan keselesaaan sepanjang hari.

TERDAPAT EMPAT JENIS BENTUK PAYUDARA :

BENTUK RATA Pandangan sisi dan hadapan serupa. Payudara tidak kelihatan ketara.  Mereka yang berpayudara kecil mempunyai kelebihan kerana tidak perlukan culi yang berstruktur sokongan kompleks, memadiai tali halus dan penyangkuk belakang yang kecil.

BENTUK BIASA– Payudara sempurna, cantik terbentuk.  Pakailah apa saja yang anda gemari pasti tampak menarik dan kemas.

BENTUK BULAT PADAT– Profil penuh dan padat serta besara dalah ciri-ciri yang diperlihatkan.  Bahagian atas dan bawah payudara sama penuh.  Jika tersilap meilih coli menekan ke atas payudara dan menyebabkan kesan bonjolan kelihatan dibahagian atas cup dan dibawah lengan. Oleh itu, pilih coli “full cup” sahaja yang diperbuat daripada fabrik dan renda memeri agar payudara tidak tertekan.

BENTUK LONJONG– Pandangan sisi, payudara berbentuk kantung.  Bahagian atas payudara cetek sekiranya sebahagian besar payudara anda berada dibahagian bawah puting payudara.  Anda akan dapati bila coli dipakai bahagian bawah cup  coli lebih cantik manakala bahagian atas cup terdapat ruang kosong dan berkedut-kedut.  COLI BERDAWAI dan beralas tambahan “cookie” sesuai untuk payudara jenis lonjong.

PAYUDARA TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS POSISI :

POSISI NORMALPayudara berada dalam kedudukan paling ideal, kemas dan selaras.  Wanita memiliki jenis payudara posisi normal boleh mengenakan apa saja stail coli.

PAYUDARA RAPAT DI ANTARA SATU SAMA LAIN-Jarak di antara kedua buah payudara sangat rapat hinggakan lurah di bahagian tengah hampir tidak wujud.  Wanita berpayudara rapat sesuai mengenakan COLI BERDAWAI untuk memberikan kesan ilusi payudara posisi normal.  Namun bagi mereka yang memilki payudara rapat dengan bentuk bulat padat perlu memilih CUP COLI BERPOTONGAN PENUH untuk memastikan keselesaan dan kekemasan sokongan.

PAYUDARA BERJAUHAN-Kedudukan payudara agak menjarak di antara satu sama lain dan bagi mereka yang memiliki payudara jenis ini, agak sukar untuk menyukai coli jenis berdawai kerana dawai pada coli akan mengepit sisi payudara dan mungkin meninggalkan kesan kemerah-merahan serta menyakitkan apabila coli dipakai dalam jangka waktu yang panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: